Monday, September 14, 2009

Flickr "site" mesra foto

Kepada semua peminat-peminat foto atau pengumpul foto, fotografer yang baru atau lama. di sini saya ingin kongsikan satu site di mana anda boleh berkongsi hasil kreatif anda dengan "flickr". terdapat beribu pengguna yang menggunakan flickr ketika ini dan banyak hasil karya foto yang menarik boleh dilihat, dari dalam dan luar negeri.
Selain gambar, anda juag boleh upload video anda dan berkongsi dengan rakan-rakan dan seluruh dunia. flickr adalah salah satu lagi site dan dibangunkan oleh Yahoo untuk pengguna-pengguna yang mudah, dan mesra pengguna. anda cuma perlu daftar secara percuma dan tidak perlu bayar.

Tuesday, September 8, 2009

Design ko Buruk!!!!

Apa perasaan anda sebagai seorang designer atau yang baru berjinak-jinak dengan dunia design apabila seringkali menerima ucapan “Design ko Buruk!!!

    Walau bagaimana pun, dunia design sememangnya begini. Adakalanya kita akan menerima kata-kata yang tidak sedap didengar terhadap hasil kerja yang kita persembahkan. Seorang designer senior akan sering berpesan kepada designer baru supaya tabah dan kental dengan kritikan serta kutukan. Malah, semasa di dalam pembelajaran di IPT juga perkara ini sudah diterapkan apabila pelajar diminta mempersembahkan projek mereka. Panel penilai akan menguji ketahanan mental anda dengan bertubi-tubi. Mereka akan cuba menjatuhkan defensif mental anda. Anda harus bijak berkarya dan mempertahankan karya anda secara rasional bukan dengan emosional.
Realitinya, apabila anda berkerja di sesebuah organisasi, anda perlu mempersembahkan hasil kerja anda kepada majikan atau kepada klien. Apa juga yang anda design, anda harus tahu apa rasional di sebalik setiap sesuatu daripadanya. Jika tidak, anda belum cukup bijak lagi memahami erti karya anda sendiri. Kalau anda tidak boleh menerangkan tentang karya anda, jangan harap orang lain akan automatik faham. Designer harus mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi jika ingin berada di tahap yang tinggi. Kalau gagal menguasasi kemahiran ini, anda mungkin hanya akan duduk di takat bawah dan menjadi ‘designer suruhan’ sahaja.
Berbalik kepada dilema di atas, anda sebagai designer, cuba bayangkan sekiranya 90% setiap kali design yang anda hasilkan menerima ucapan “design kau tak cantiklah!”. Atau, sebaliknya cuba bayangkan sekiranya 90% setiap kali design yang anda hasilkan menerima ucapan “design kau best, nice dan cantik!“.
Sebagai designer anda harus peka terhadap klien secara keseluruhannya, tidak semestinya kepada kehendak dan permintaannya sahaja. Anda harus peka kepada jenis klien, jenis bisnes, tahap pemikiran klien, tahap pengetahuan klien, perangai dia, kerenah dia dan juga expectation klien. Adakalanya, berfikir di luar kotak mampu memuaskan hati klien. Tapi adakalanya tidak juga.
Seharusnya designer kena ada sifat memerhati (observant). Kerana itulah kita belajar communication - direct dan indirect communication.
Designer adalah umpama problem solver.
Berikan satu penyelesaian yang terbaik.
Designer adalah umpama problem solver. Masalah diberikan oleh klien. Anda harus selesaikan. Bagaimana nak selesaikan? Pertama sekali, anda harus fahamkan betul-betul masalah klien tersebut. Supaya, anda mampu memberikan satu penyelesaian yang terbaik berdasarkan masalah klien tersebut. Ini akan mengelakkan daripada berlakunya situasi ‘design syok sendiri’ - anda buat sesuka hati anda sendiri.
Memang designer ada style dan trademark design yang tersendiri. Contohnya ada designer yang suka kepada style ‘grunge‘. Siapa sahaja yang melihat design beliau mesti akan kenal hasil kerja beliau. Tetapi, dia tidak boleh ‘grunge all the way’…sampai lari konsep yang dikehendaki oleh klien. Melainkan beliau adalah artis solo - tiada majikan dan menghasilkan karya seni sendiri untuk dijual.
Pokok pangkalnya, kerja designer adalah untuk memuaskan hati orang - klien. Bukan hanya sekadar memuaskan hati sendiri. Hati designer akan terpuas apabila klien puas hati.
Jadi, kalau setiap kali anda membuat design dan 90% daripadanya akan menerima ucapan yang tidak memuaskan, sila semak semula diri anda.
Mengikut pemerhatian saya (kadang-kadang daripada submission GempurReka Sifoo), ramai designer ada masalah di bahagian-bahagian berikut:
    1. Taipografi - jenis font, cara letak font, font styling, font formatting
    2. Layouting - selalu tak reti nak buat margin, mana keutamaan, mana kurang keutamaan
    3. Warna - warna adalah simbol juga - korporat, mood, suasana, emosi
    4. Detail - nak cantik, kerja kena detail…nak detail, kena rajin
Walau apa pun, hati mesti tabah dan kental. Resepi kejayaan dan kesempurnaan itu adalah praktis…praktis…dan terus praktis.
 semoga selepas ini dapat menambahkan sedikit semangat kepada anda yang ingin berkecimpung dalam dunia Design...

Artikel asal oleh sifoo

Bagaimana untuk menetapkan Harga untuk sesebuah "servis"

Antara yang selalu menjadi tajuk perbincangan dan sentiasa menjadi persoalan kepada freelancer adalah bagaimana menetapkan kadar harga?
Mereka yang masih baru dalam bidang ini atau mereka yang menjadi freelancer secara sambilan (mempunyai pendapatan tetap atau pekerjaan tetap yang lain) sering mengenakan bayaran yang sangat murah. Ini secara tidak langsung menyebabkan freelancer sepenuh masa terpaksa mengenakan bayaran yang murah untuk perkhidmatan mereka.
Sebagai seorang freelancer, anda perlu mempunyai teknik atau formula untuk pengiraan kadar harga anda sendiri. Kemudian anda perlu tetap dengan harga anda dan bijak berbincang dengan pelanggan untuk mendapatkan jumlah bayaran yang terbaik.
Tidak ada satu formula atau teknik yang khusus dan sangat tepat untuk menentukan kadar harga freelancer. Kebanyakkan freelancer mengenakan kadar harga mereka berdasarkan pelbagai faktor, seperti:
  • Pengalaman
  • Kemahiran
  • Tahap kesukaran sesuatu projek
  • Jangkamasa untuk menyiapkan projek
Kelemahan kebanyakkan freelancer adalah kadar bayaran mereka tidak dinamik malah kadangkala tidak tetap dan hampir tidak rasional. Satu formula atau ketetapan yang khusus untuk anda menentukan kadar harga adalah perlu. Sekurang-kurangnya ini dapat membantu anda mengira kadar bayaran yang setimpal dengan perkhidmatan dan idea anda.
Untuk itu, kadar bayaran seorang freelancer boleh ditentukan dengan merujuk kepada 3 perkara, iaitu:
  • Keperluan anda
  • Jumlah yang sanggup dibayar
  • Kadar bayaran saingan anda
Keperluan anda.
Sebagai seorang freelancer, anda mempunyai keperluan-keperluan berbayar yang tertentu. Ini termasuk:
  • Kos pemasaran (marketing, iklan, business card, etc.)
  • Software (CMS, e-commerce, payment gateway, yang berkaitan dengan projek)
  • Peralatan pejabat (bil telefon, elektrik, printer, etc.)
Jumlah yang sanggup dibayar.
Selain dari kos keperluan anda, sebagai seorang freelancer anda mesti peka dengan kadar semasa yang sanggup dibayar oleh pelanggan.  Anda juga mungkin perlu menyesuaikan kadar harga anda berdasarkan keadaan pasaran semasa.
Di Malaysia contohnya, pelanggan sanggup dan mampu berbelanja pada kadar purata RM2000 untuk bayaran web designer dan sebanyak RM2300 untuk graphic designer ( Sumber: The Freelance Statistics Report).
Anda juga boleh mendapatkan jumlah yang sanggup dibayar oleh pelanggan melalui maklumbalas pelanggan anda.
Kadar harga pesaing anda.
Kadar harga yang dikenakan oleh saingan anda juga merupakan faktor penting dalam penentuan harga untuk perkhidmatan anda. Harga yang dikenakan tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah berbanding dengan harga pesaing anda.
Anda boleh mendapatkan harga pesaing anda melalui laman web mereka. Sebagai freelancer anda juga boleh merujuk kepada pendapatan bulanan mereka yang berpendapatan tetap.
Sebagai contoh, di Malaysia kebanyakkan freelancer mengenakan kadar harga sebanyak RM85 sejam bekerja ( Sumber: The Freelance Statistics Report).
Berdasarkan kepada 3 faktor utama ini, anda dapat menentukan berapa kadar harga untuk perkhidmatan anda.
Bagaimana anda menetapkan kadar harga anda? Bergantung kepada jenis projek atau bergantung kepada keperluan kewangan semasa anda? Kongsi pengalaman anda.

Artikel asal Oleh Sifoo

Monday, September 7, 2009

BERMAIN MERCUN!!

Sebut pasal mercun, kamu mesti pernah main, even budak 3 tahun pun sudah faham erti mercun tu...apatah lagi org muda dan golongan remaja...tidak kira yang tua bangka atau yg trip2 muda nih...BANG! BANG ! KABOOM! POP!! ,......PROTTT! (ehh silap..itu bunyi kentut)

Mercun, bunga api, atau air bom kah, meriam buloh kah, kereta kebal buatan sendiri dan sebagainya ...tidak kira apa pun..sebenarnya bahaya untuk kita jika disalahguna(saya ulangi) DISALAH GUNA..Mercun biasanya akan berbunyi apabila musim perayaan seperti Tahun baru Cina, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan kalau ada yang nak main musim deepavali pun boleh..(main sorang2 saja lah engko).

Menurut Kementerian Dalam negeri,

Definisi / Penerangan
  1. Kerajaan Malaysia melarang sebarang bentuk pembakaran bahan letupan jenis mercun atau bungapi kecuali dari jenama Happy Boom dan Pop-pop.
  2. Walau bagaimanapun, pengecualian diberi kepada pembakaran bahan piroteknik pada majlis-majlis rasmi kerajaan serta konsert-konsert tertentu serta majlis-majlis yang mendapat kebenaran khas dari Menteri Dalam Negeri.
  3. Kelulusan Kementerian merupakan keputusan dasar dan permohonan adalah tertakluk kepada arahan-arahan agensi lain seperti PDRM (security), Bomba (safety) dan Jabatan Penerbangan Awam (laluan udara) semasa pembakaran dilakukan. 

so siapa yang main mercun tu ...hati2 lah yea,...nanti takot2 kalau kena tangkap polis...Raya kat penjara lah korang dengan mercun. tapi bagi yg bernasib baik mcm aku ni, aku just dpt tgk kamu dari luar penjara dan maybe bawa biskut raya sikit untuk kamu makan .huhuuhuhuh.......
so, apa pun , di bulan yang mulia dan Hari Raya pun dah menjelang tiba....mintak ampun atau maaf bagi ada yg terasa or sakit hati..bagi sesiapa yang nak komen ttg blog ni ...sila lah komen di tempat komen ..jgn komen di Jabatan air sudah lah....komen yang membina amat di hargai, Namun jika ada sesiapa nak komen yang tak membina pun ...tak apa itu hak korang ..aku tak kisah.mana yg aku rasa perlu ..aku pertimbangkan. okay! salam Ramadhan dari Wishkiller...Assalamualaikum W. B. T.

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Duit Raya Kepada Pelajar-pelajar Yatim

 Design By Amir
Asslamaualaikum W.B.T kepada semua rakan-rakan amir concept. salam ramadhan kepada semua .pada 13hb ini akan diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Duit Raya Kepada Pelajar-Pelajar Yatim. Majlis ini dianjurkan oleh Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMM). Sebanyak 230 pelajar dari 27 buah sekolah akan dijemput untuk menerima sumbangan Duit Raya bagi meringankan beban mereka untuk persiapan raya yang kian menjelang tiba.

Saturday, September 5, 2009

Dato Meor Rahman VS Bruce Lee

 Pernahkah Dato Meor Rahman Berlawan dengan Bruce Lee? perasaan ingin tahu saya amat tinggi,saya membuat sebuah reseach mengenai sejarah Dato Meor Rahman mendengar cerita ini dari salah seorang pakar Silat Gayong sendiri.
Cerita Versi Pertama

[b]Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)[/b]

Versi Kedua

[b]Di Lapangan Terbang Hong Kong, ketika Dato' Meor Abdul Rahman sedang menunggu penerbangan yang berikutnya, beliau dan Syed Ahmad telah memasuki sebuah restoran yang terletak di dalam kawasan lapangan terbang. Ketika sedang menunggu pesanan tiba, Dato' Meor Abdul Rahman telah terlihat kelibat aktor Bruce Lee sedang dikerumuni oleh peminat-peminatnya di pintu masuk restoran tersebut. Bruce Lee ketika itu ditemani oleh beberapa orang pengawal peribadinya. Dato' Meor Abdul Rahman telah menyuruh Syed Ahmad supaya memanggil Bruce Lee supaya bertemu dengannya. Sebaik sahaja Bruce Lee mengetahui bahawa seorang Raja Silat Melayu ingin menemuinya, maka Bruce Lee pun terus bergegas menuju ke meja di mana Dato' Meor Abdul Rahman berada. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee yang sememangnya sangat-sangat berhajat ingin bersemuka dengan pakar silat seperti Dato' Meor Abdul Rahman, telah meminta Dato' Meor Abdul Rahman menunjukkan kebolehannya dalam ilmu kebatinan Silat Melayu. Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman pun bersetuju dengan permintaan Bruce Lee tersebut. Sambil duduk berhadap-hadapan, Dato' Meor Abdul Rahman lalu melepaskan suatu pukulan tangan yang dikenali sebagai "Kipas Senandung Dalam Senandung". Pukulan Dato' Meor Abdul Rahman ini telah mengenai tepat ke rusuk Bruce Lee, sehingga menyebabkan Bruce Lee terpelanting jauh ke belakang, bersama-sama dengan kerusi yang didudukinya. Ekoran daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, kawasan di sekitar rusuk Bruce Lee lama-kelamaan telah menjadi bengkak(sehingga membawa maut kemudiannya).

Sebenarnya, sepanjang Dato' Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayong, beliau telah banyak kali dicuba oleh pakar-pakar seni bela diri, sama ada dari luar negeri mahu pun pakar seni bela diri tempatan. Pada pertengahan tahun 1950-an, Dato' Meor Abdul Rahman pernah menumpaskan seorang ahli gusti berbangsa Eropah yang mempunyai saiz badan dua kali ganda berbanding beliau di Singapura. Ahli gusti yang mempunyai berat badan 380 lb itu dikenali dengan nama King Kong dan merupakan seorang juara gusti dunia yang tidak pernah kalah pada zamannya. King Kong juga merupakan seorang ahli gusti yang gemar melanggar peraturan gusti.

Dato' Meor Abdul Rahman juga pernah dicuba oleh pakar seni beladiri Jepun yang berbangsa Eropah seperti Donn F. Draeger(1970-an), Ricky "the Dragon" Steamboat(ahli gusti) dan Jan de Jong(1980-an). Dato' Meor Abdul Rahman, walaupun telah berusia ketika itu, hanya menggunakan sedikit sahaja daripada kudratnya untuk menumpaskan jaguh-jaguh seni bela diri asing tersebut. Jan de Jong akhirnya akur dengan kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan akhirnya meminta untuk berguru dengan beliau. Disebabkan Silat Seni Gayong tidak boleh diturunkan kepada mereka yang bukan beragama Islam, maka Jan de Jong hanya diajar aspek fizikal Silat Seni Gayong, iaitu lebih berupa beberapa petua tentang penangkap di dalam Silat Seni Gayong, serta beberapa teknik serangan dan belaan menggunakan senjata simbat(kayu pendek). Lagipun, Jan de Jong adalah seorang pakar Jujitsu, iaitu beliau sangat gemarkan teknik kuncian dan jatuhan. Ketika berada di Soho, England pada tahun 1973, Dato' Meor Abdul Rahman pernah ditarik oleh samseng Cina. Ketika itu bersama-sama beliau ialah Syed Ahmad Jamalullail. Dato' Meor Abdul Rahman telah bertarung dengan samseng-samseng Cina tersebut dan berjaya menumpaskan samseng-samseng Cina tersebut. Ketika melawat Osaka, Jepun pada tahun 1970, Dato' Meor Abdul Rahman pernah mencuba ilmunya pada samurai Jepun. Samurai Jepun tersebut telah diberikan penimbul oleh Dato' Meor Abdul Rahman sehinggakan Samurai tersebut kehairanan melihatkan kulitnya yang tidak melecur apabila dicurahkan air panas yang baru mendidih. [/b]

Thursday, September 3, 2009

Malaysian Artist For International Arts

Dunia Seni Kreatif banyak mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada pelbagai jenis masyarakat dan golongan. selain dari rekabentuk dan design yang menarik, setiap design seni itu mempunyai maksud yang tersendiri . MAFIA....yang sudah tidak perlu lagi diperkenalkan, kerana Kumpulan ini telah banyak menempah nama dalam dunia seni grafik design di Sabah mahupun Labuan. Makna MAFIA ini ialah Malaysian Artist For International Arts yang di tubuhkan oleh seorang pelopor berbangsa Brunei Bajau iaitu Encik Rizal atau dikenali sebagai Boy.Sejak dari kecil beliau meminati grafik dan bercita-cita untuk menjadi seorang Pakar Grafik pada masa akan datang. Ketekunan beliau untuk mempelajari ilmu grafik ini tercapai bila beliau membangunkan Blog MAFIA yang pertama pada Zaman beliau kat kolej dulu(time muda-muda). Kini Mafia ssudah mempunya blog yang baru dan pelbagai hasil seni grafik beliau telah diperagakan dalam blog itu. Beliau yang juga pakar dalam Flash telah membuktikan cikgu2 di seluruh Labuan bahawa beliau adalah salah seorang pakar flash yang menakjubkan. Namun Beliau seorang yang mempunyai sifat rendah diri serta seorang yang soleh. Beliau Rajin ke Masjid dan mengamalkan Ibadah. Beliau layak menajdi contoh para golongan remaja skrg.

Wednesday, September 2, 2009

Blog SK PEKAN SATU kepada bentuk baru

Asslamualaikum W.B.T kepada semua rakan-rakan yang dikasihi serta ditomboli sekalian...blog kian menjadi begitu popular pada masa ini.Kegunaanya sgt penting sebagai badan penyampai informasi terkini. Sk Pekan satu ada salah satu blog yang pernah dilawati penulis..blog ini telah menampilkan satu pembaharuan dan telah mengubah konsep blog di Labuan ini..Saya sempat bertanya kan kepada Pembuat blog ini iaitu rizal atau dikenali sebagai Boy yang kini berkhidmat di Pekan satu (Government) . Beliau ingin mecuba sesuatu yang baru dalam blog...

"saya tahu..walau pun blog ini simple, tetapi saya akan cuba memuatkan informasi-informasi yang menarik agar blog ini boleh dikunjungi ramai".Kata Boy kepada rakannya selaku penulis blog inio iaitu Amir. Boy yang skrg ini masih bujang dan belum berpunya, adalah seorang jejaka yang pemalu dan mudah mesra. Saya akan sentiasa meneliti pembaharuan yang dibuat oleh Boy.Tahniah Boy, satu tahap yang memberangsangkan.

Salam Ramadhan Kepada Semua Muslimin dan Muslimat

Assalamaulaikum kepada semua Muslimin dan muslimat....Selamat Menjalankan Ibadah Puasa.Kepada Rakan-rakan Konsep Sekalian, rajin2 lahberkunjung ke site ini.Terima Kasih