Monday, September 7, 2009

BERMAIN MERCUN!!

Sebut pasal mercun, kamu mesti pernah main, even budak 3 tahun pun sudah faham erti mercun tu...apatah lagi org muda dan golongan remaja...tidak kira yang tua bangka atau yg trip2 muda nih...BANG! BANG ! KABOOM! POP!! ,......PROTTT! (ehh silap..itu bunyi kentut)

Mercun, bunga api, atau air bom kah, meriam buloh kah, kereta kebal buatan sendiri dan sebagainya ...tidak kira apa pun..sebenarnya bahaya untuk kita jika disalahguna(saya ulangi) DISALAH GUNA..Mercun biasanya akan berbunyi apabila musim perayaan seperti Tahun baru Cina, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan kalau ada yang nak main musim deepavali pun boleh..(main sorang2 saja lah engko).

Menurut Kementerian Dalam negeri,

Definisi / Penerangan
  1. Kerajaan Malaysia melarang sebarang bentuk pembakaran bahan letupan jenis mercun atau bungapi kecuali dari jenama Happy Boom dan Pop-pop.
  2. Walau bagaimanapun, pengecualian diberi kepada pembakaran bahan piroteknik pada majlis-majlis rasmi kerajaan serta konsert-konsert tertentu serta majlis-majlis yang mendapat kebenaran khas dari Menteri Dalam Negeri.
  3. Kelulusan Kementerian merupakan keputusan dasar dan permohonan adalah tertakluk kepada arahan-arahan agensi lain seperti PDRM (security), Bomba (safety) dan Jabatan Penerbangan Awam (laluan udara) semasa pembakaran dilakukan. 

so siapa yang main mercun tu ...hati2 lah yea,...nanti takot2 kalau kena tangkap polis...Raya kat penjara lah korang dengan mercun. tapi bagi yg bernasib baik mcm aku ni, aku just dpt tgk kamu dari luar penjara dan maybe bawa biskut raya sikit untuk kamu makan .huhuuhuhuh.......
so, apa pun , di bulan yang mulia dan Hari Raya pun dah menjelang tiba....mintak ampun atau maaf bagi ada yg terasa or sakit hati..bagi sesiapa yang nak komen ttg blog ni ...sila lah komen di tempat komen ..jgn komen di Jabatan air sudah lah....komen yang membina amat di hargai, Namun jika ada sesiapa nak komen yang tak membina pun ...tak apa itu hak korang ..aku tak kisah.mana yg aku rasa perlu ..aku pertimbangkan. okay! salam Ramadhan dari Wishkiller...Assalamualaikum W. B. T.

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Duit Raya Kepada Pelajar-pelajar Yatim

 Design By Amir
Asslamaualaikum W.B.T kepada semua rakan-rakan amir concept. salam ramadhan kepada semua .pada 13hb ini akan diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Duit Raya Kepada Pelajar-Pelajar Yatim. Majlis ini dianjurkan oleh Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMM). Sebanyak 230 pelajar dari 27 buah sekolah akan dijemput untuk menerima sumbangan Duit Raya bagi meringankan beban mereka untuk persiapan raya yang kian menjelang tiba.