Tuesday, September 8, 2009

Design ko Buruk!!!!

Apa perasaan anda sebagai seorang designer atau yang baru berjinak-jinak dengan dunia design apabila seringkali menerima ucapan “Design ko Buruk!!!

    Walau bagaimana pun, dunia design sememangnya begini. Adakalanya kita akan menerima kata-kata yang tidak sedap didengar terhadap hasil kerja yang kita persembahkan. Seorang designer senior akan sering berpesan kepada designer baru supaya tabah dan kental dengan kritikan serta kutukan. Malah, semasa di dalam pembelajaran di IPT juga perkara ini sudah diterapkan apabila pelajar diminta mempersembahkan projek mereka. Panel penilai akan menguji ketahanan mental anda dengan bertubi-tubi. Mereka akan cuba menjatuhkan defensif mental anda. Anda harus bijak berkarya dan mempertahankan karya anda secara rasional bukan dengan emosional.
Realitinya, apabila anda berkerja di sesebuah organisasi, anda perlu mempersembahkan hasil kerja anda kepada majikan atau kepada klien. Apa juga yang anda design, anda harus tahu apa rasional di sebalik setiap sesuatu daripadanya. Jika tidak, anda belum cukup bijak lagi memahami erti karya anda sendiri. Kalau anda tidak boleh menerangkan tentang karya anda, jangan harap orang lain akan automatik faham. Designer harus mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi jika ingin berada di tahap yang tinggi. Kalau gagal menguasasi kemahiran ini, anda mungkin hanya akan duduk di takat bawah dan menjadi ‘designer suruhan’ sahaja.
Berbalik kepada dilema di atas, anda sebagai designer, cuba bayangkan sekiranya 90% setiap kali design yang anda hasilkan menerima ucapan “design kau tak cantiklah!”. Atau, sebaliknya cuba bayangkan sekiranya 90% setiap kali design yang anda hasilkan menerima ucapan “design kau best, nice dan cantik!“.
Sebagai designer anda harus peka terhadap klien secara keseluruhannya, tidak semestinya kepada kehendak dan permintaannya sahaja. Anda harus peka kepada jenis klien, jenis bisnes, tahap pemikiran klien, tahap pengetahuan klien, perangai dia, kerenah dia dan juga expectation klien. Adakalanya, berfikir di luar kotak mampu memuaskan hati klien. Tapi adakalanya tidak juga.
Seharusnya designer kena ada sifat memerhati (observant). Kerana itulah kita belajar communication - direct dan indirect communication.
Designer adalah umpama problem solver.
Berikan satu penyelesaian yang terbaik.
Designer adalah umpama problem solver. Masalah diberikan oleh klien. Anda harus selesaikan. Bagaimana nak selesaikan? Pertama sekali, anda harus fahamkan betul-betul masalah klien tersebut. Supaya, anda mampu memberikan satu penyelesaian yang terbaik berdasarkan masalah klien tersebut. Ini akan mengelakkan daripada berlakunya situasi ‘design syok sendiri’ - anda buat sesuka hati anda sendiri.
Memang designer ada style dan trademark design yang tersendiri. Contohnya ada designer yang suka kepada style ‘grunge‘. Siapa sahaja yang melihat design beliau mesti akan kenal hasil kerja beliau. Tetapi, dia tidak boleh ‘grunge all the way’…sampai lari konsep yang dikehendaki oleh klien. Melainkan beliau adalah artis solo - tiada majikan dan menghasilkan karya seni sendiri untuk dijual.
Pokok pangkalnya, kerja designer adalah untuk memuaskan hati orang - klien. Bukan hanya sekadar memuaskan hati sendiri. Hati designer akan terpuas apabila klien puas hati.
Jadi, kalau setiap kali anda membuat design dan 90% daripadanya akan menerima ucapan yang tidak memuaskan, sila semak semula diri anda.
Mengikut pemerhatian saya (kadang-kadang daripada submission GempurReka Sifoo), ramai designer ada masalah di bahagian-bahagian berikut:
    1. Taipografi - jenis font, cara letak font, font styling, font formatting
    2. Layouting - selalu tak reti nak buat margin, mana keutamaan, mana kurang keutamaan
    3. Warna - warna adalah simbol juga - korporat, mood, suasana, emosi
    4. Detail - nak cantik, kerja kena detail…nak detail, kena rajin
Walau apa pun, hati mesti tabah dan kental. Resepi kejayaan dan kesempurnaan itu adalah praktis…praktis…dan terus praktis.
 semoga selepas ini dapat menambahkan sedikit semangat kepada anda yang ingin berkecimpung dalam dunia Design...

Artikel asal oleh sifoo

2 comments:

Anonymous said...

alooo

Unknown said...

aku juga seowang designer....
kdg2 slalu wt silap...
tensyen bile idea xde

Post a Comment